HIG Cooling Services Engineering komited terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.Hig Cooling Services Engineering akan memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin kerana pekerja adalah asset utama syarikat.
Objektif
Objektif polisi ini adalah memastikan setakat yang praktik, HIG Cooling Services Engineering akan melindungi pekerja daripada kemalangan dan penyakit pekerja dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.
Strategi
Dalam usaha untuk memastikan objektif polisi tercapai, setakat yang praktis HIG Cooling Services Engineering akan berusaha untuk :-
Mematuhi peraturan-peraturan yang releven berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Menyediakan tempat kerja dan keadaan persekitaran yang selamat dan sihat untuk pekerja.
Member latihan untuk memastikan pekerja memahami aspek keselamatan dan kesihatan semasa melaksanakan tanggungjawab mereka di tempat kerja.
Membekalkan alat perlindungan diri yang sesuai kepada pekerja.
Semua pekerja perlu memainkan peranan masing-masing untuk mematuhi segala strategi yang telah dirancang oleh majikan untuk mencapai objektif polisi ini.
Polisi ini akan disemak dan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memastikan aspek keselamatan dan kesihatan dapat dilaksanakan secara efektif.